EventHiburan

Spilt Gravy Ungguli Pencalonan FFM32, Tersenarai Dalam 14 Kategori

Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang akan berlangsung pada 2 Disember ini menyaksikan filem Spilt Gravy yang diarahkan Datuk Zahim Al-Bakri menggunguli pencalonan dengan 14 kategori dalam 26 kategori yang dipertandingkan.

Antara kategori yang dicalonkan untuk filem berkenaan adalah Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Pengarah Harapan.

Selain itu, filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa mengekori rapat dengan meraih 13 pencalonan, antaranya menerusi Cerita Asal Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik dan Pengarah Terbaik, manakala Abang Long Fadhil 3 pula mendapat sembilan pencalonan.

Perkara berkenaan telah diumumkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menerusi satu Majlis Sidang Media Kedua Festival Filem Malaysia (FFM32) yang telah diadakan di Hotel Swiss Garden, Bukit Bintang, Kuala Lumpur semalam.

Majlis ini telah diadakan bagi memberikan penerangan dan maklumat terperinci berkenaan dengan persiapan penganjuran FFM32 yang bakal diadakan pada 2 November 2022 di Encore, Melaka.

Acara nasional berprestij ini adalah merupakan inisiatif pihak Kerajaan membangunkan platform festival filem nasional yang berprestij untuk mengiktiraf dan meraikan kecemerlangan karyawan industri perfileman tanah air.

Selain itu, FFM32 bertujuan menjana jaringan dan kerjasama strategik di antara Kerajaan dan pihak industri dengan pelaksanaan program-program yang mengangkat profesionalisme para pemain seterusnya menjadikan FFM32 sabagai satu platform manifestasi kepada usaha pembudayaan sinema kepada masyarakat melalui karya-karya berkualiti bagi mewujudkan sistem sokongan kepada pemerkasaan industri.

Bertemakan ‘Filem Kita, Citra Kita’ edisi FFM32 pada tahun ini selari kepada penjenamaan dan kecemerlangan penerbitan filem tempatan yang bergerak secara progresif seiring dengan pembangunan kualiti dan kandungan beridentitikan nilai tempatan serta berjaya mencipta impak di peringkat domestik dan antarabangsa.

FFM32 akan berlangsung di Encore Melaka dan ia boleh disaksikan secara langsung di TV2 pada pukul 9.00 malam. – KopiPlanet.com 

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button