Cerita ArtisHiburan

Venus Muncul Dengan Single Kedua, Lagu Maafkan Aku Kesinambungan Kepada Sakitnya Hati

Setelah berjaya memikat hati pendengar tanahair dengan single pertama mereka Sakitnya Hati, kumpulan Venus  muncul dengan single kedua mereka berjudul Maafkan Aku. 

Adi selaku penerbit bersama dengan Joe Slash berkata, Maafkan Aku merupakan sebuah lagu kesinambungan dari Sakitnya Hati. 

“Single ini boleh diterjemahkan sebagai 100 peratus berkait ruang lingkup kehidupan personal dan karier seni saya.

“Lagu ini dicipta oleh Joe Slash manakala liriknya di tulis bersama Natasyah, Hafiz Dot, Yoya, Puteri, Mazlan Stapa,” ujarnya yang juga vokalis kumpulan 6ixth Sense.

Kumpulan Venus ditubuhkan pada pertengahan tahun 2019 dianggotai oleh Puteri sebagai vokalis, Ayoy (bass), Lan (gitar utama), Adi (gitar ke-2 & keyboardist) serta Hafis (dram). 

Jelasnya, lagu Maafkan Aku dipilih sebagai single kedua Venus kerana ia memang relevan dengan arus industri muzik di negara kita buat masa sekarang.

“Kelainan single ini jika dibandingkan dengan lagu-lagu masa kini ialah keindahan melodi dan digarap liriknya yang matang.

“Tidak hanya itu, saya turut menekankan aspek vokal secara total. Begitupun, kalau didengari semula, susunan muzik untuk lagu ini lebih moden,” kata Adi.

Menyambung bicara, pembikinan dan proses di belakang tabir untuk single ini memakan masa selama tiga bulan sebelum ia siap sepenuhnya.

Selain itu, Adi dan rakan-rakan Venus yang  merupakan pemuzik sepenuh masa manakla puteri merupakan penuntut  Uitm.Proses agak lama kerana faktor covid juga memberi kesan untuk mengeluarkan single ke-2 ini, setelah dua tahun pendemik melanda.

“Harapan kami agar single ini bakal meraih tumpuan peminat sekali gus dapat memberi sokongan terhadap sumbangan kecil hasil seni saya bersama komposer yang terlibat. 

Tidak ketinggalan, saya sentiasa berambisi tinggi untuk terus menghadirkan lagu-lagu berkonsep unik dan moden bagi lebih mewarnai kanvas bidang hiburan tempatan,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button