Cerita ArtisHiburan

Dem Lepak Boyz Muncul Dengan Single Baharu Jerat, Kisah Dua Lelaki Mata Keranjang

Duo nyanyian penuh dinamik yang merupakan naib juara program nyanyian ‘All Together Now Malaysia’ (ATNM) musim pertama, Dem Lepak Boyz (DLB) yang dianggotai dua penari profesional yang kini bergelar penyanyi, Zaidy dan Hazel kembali menghangatkan industri muzik tempatan.

Yang terbaharu, mereka muncul dengan single terbaharu mereka berjudul ‘Jerat’ yang dicipta sepenuhnya oleh komposer terkenal negara, John Jeeves, dan diterbitkan oleh pelopor terbesar industri hiburan tanah air, Rocketfuel Entertainment.

“Kami rasa bersyukur diatas penerimaan lagu pertama kami iaitu ‘Abang Datang’ yang dilancarkan pada awal tahun ini. Walaupun ramai agak kurang biasa dengan genre yang kami bawakan, namun ramai juga yang memberikan respon positif, dan tidak kurang pula ‘terjatuh’ cinta dengan lagu tersebut kerana melodinya yang ‘catchy’ dan liriknya yang mudah diingati oleh pendengar. Terima kasih buat semua yang menyokong single pertama kami.

“Kini, kami kembali lagi dengan buah tangan baharu yang lebih rancak buat para peminat serta penggemar muzik tempatan,” kongsi Zaidy.

Hampir setahun DLB tidak muncul dengan mana-mana single baharu kerana mereka berpendapat sesebuah single itu tidak perlu dihasilkan secara terburu-buru dan perlu direncanakan sebaik-baiknya.

“Kami mengambil masa beberapa bulan untuk menemukan karya yang seterusnya kerana mahukan sebuah penghasilan yang betul-betul menggambarkan DLB sebagai duo nyanyian yang unik. 

Jerat adalah hasil idea bernas komposer John Jeeves yang berjaya merealisasikan impian DLB. Selain itu, John Jeeves juga banyak membantu kami dari segi arah tuju muzik yang sesuai dengan imej yang kami bawakan,” jelas Hazel.

Lagu pop rancak bertenaga bernuansa irama jazz dan funk dengan sedikit sentuhan muzik ‘old-school’ ditambah dengan bait-bait rap merupakan ‘signature’ yang ingin DLB ketengahkan.

“Terima kasih sekali lagi buat John Jeeves kerana berjaya menciptakan lagu ini sesuai dengan citarasa kami sebagai pengkarya muzik.

“Walaupun masih banyak lagi genre yang ingin kami terokai, buat masa sekarang inilah ‘wajah’ sebenar DLB,” tambah Zaidy lagi.

Single Jerat ini menceritakan tentang kisah dua orang lelaki ‘mata keranjang’ yang berjaya ditundukkan oleh seorang wanita, namun kedua-dua lelaki tersebut bingung sama ada wanita yang mereka inginkan benar-benar ikhlas dalam perhubungan atau hanya sekadar memasang perangkap.

“Lebih kurang sebulan masa yang diperuntukkan untuk menghasilkan lagu ini kerana memerlukan ‘guide’ (panduan muzik) terlebih dahulu dan seterusnya baharulah kami berbincang bersama mengenai susunan muzik yang cocok.

“Manakala MV (video muzik) bagi lagu ini pula tidak menekankan kepada jalan cerita yang khusus, lebih menonjolkan konsep retro ala 70-an seperti era disko melalui tarian yang kami bawakan,” terang Hazel.

Sebagai pendatang baharu, DLB pastinya berdepan dengan cabaran untuk bersaing dengan artis-artis lain di Malaysia, kata Zaidy, “Cabaran terbesar bagi kami adalah bagaimana untuk kekal relevan di dalam industri muzik tanah air, selain bergerak secara duo dan menghasilkan karya-karya bermutu yang boleh diterima oleh segenap lapisan masyarakat.

Menurut Encik Feros Sayna, selaku Ketua Rocketfuel Entertainment, “DLB adalah sebuah duo nyanyian yang unik dengan membawakan ‘flavour’ berbeza buat halwa telinga masyarakat tempatan. Mereka mempunyai kreativiti yang boleh menambah kepelbagaian kepada jenis muzik yang sedia ada di pasaran. Semoga Jerat dapat memantapkan kedudukan mereka sebagai artis baharu dengan daya tarikan tersendiri.

Akhiri Hazel: “Harapan kami agar lagu ini dapat diterima oleh semua orang dan melekat di benak fikiran sesiapa yang mendengarnya, mungkin juga lagu ini menjadi nasihat buat para ‘buaya darat’ di luar sana.

Lagu ‘Jerat’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan juga Deezer.Manakala MV single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button