
Iqram Dinzly Dedahkan Dirinya Turn Off Dengan Wanita Gila Tayang Body… Anggap Wanita Tak Sesuai Jadi Seorang Khalifah
Pelakon popular Iqram Dinzly menyatakana bahawa wanita yang suka menayangkan body merupakan salah satu ciri-ciri wanita yang boleh membuatkan dirinya turn off.
Dalam satu temubual bersama seorang individu yang dimuatnaik di TikTok, Iqram menjawab soalan yang diajukan kepadanya mengenai perkara berkenaan.
“Turn off dengan wanita yang suka tayang body… Turn off dengan wanita yang tak tahu nak jadi wanita yang sebenar.
“Turn off dengan wanita yang rasa diri dia dominan dan tak reti nak menghormati seorang lelaki,” ujarnya menjawab pertanyaan individu berkenaan.
Lebih mencuri perhatian, menerusi video tersebut juga, Iqram menjelaskan bahawa wanita memang tidak sesuai untuk menjadi seorang khalifah.
“Lelaki itu khalifah… wanita ini hanya sekadar jadi pendukung kepada khalifah.
“Tapi kalau dia (wanita) nak jadi khalifah, sila masuk dalam tong sampah,” ujarnya. – KopiPlanet.com