HiburanSelebriti

“Doakan Ya Bidadari Saya Cepat Sihat…” Ebit Lew Maklumkan Isterinya Keguguran

Pendakwah selebriti terkenal, Ustaz Ebit Lew memaklumkan bahawa isterinya telah mengalami keguguran baru-baru ini.

Perkara berkenaan telah dikongsikan sendiri oleh Ebit menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram yang menunjukkan isterinya berkerusi roda.

“Doakan ya bidadari saya cepat sihat. Bidadari saya baru keguguran. InsyaAllah bidadariku sayang. Allah uji sebab dia sayang.

“Betapa mulia dan ketinggian seorang isteri. Hanya Allah yang layak membalas segala pengorbananmu. I love you bidadariku till jannnah,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap kehilangan yang dilalui Ebit dan isterinya dan mendoakan agar mereka tabah menghadapinya.

Mendirikan rumah tangga dengan isteri pada tahun 2008, mereka dikurniakan cahaya mata iaitu Airis Safiyyah Lew, Uqasha Lew dan Qadeejah Lew. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button