Gara-Gara Bercinta Dengan Juruterbang Wanita, Pablo Amirul Mengaku Jadi Pengikut Ajaran Sesat Millah Abraham
Pelakon popular Pablo Amirul mengejutkan ramai apabila mendedahkan bahawa dia telah menjadi pengikut sebuah ajaran sesat yang dikenali sebagai Millah Abraham.
Dalam pendedahan yang dibuat menerusi satu video yang dimuatnaik di Facebook, pelakon filem Air Force The Movie itu menyatakan sudah dua tahun dia mengikuti ajaran berkenaan.
“Ajaran sesat… ya aku sesat… Aku belajar benda-benda bodoh tu. Harap benda tu boleh tunjukkan aku dunia, tunjukkan aku ke jalan Allah.
“Aku jatuh cinta dengan wanita Fatin Nabilah Musa. Aku sayang dia gila-gila,” luahnya.
Mendedahkan wanita berkenaan seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan yang juga pengikut ajaran berkenaan, dia akhirnya telah ditinggalkan.
Pablo berkata, dia ditinggalkan kerana tidak mempunyai wang, malah wanita berkenaan telah menjadi perempuan simpanan kepada seorang individu VVIP yang cukup berpengaruh berstatus suami orang.
“Pasal kau aku masuk Millah Abraham. Tapi selama ni apa yang aku dapat? Kau tinggalkan aku sebab aku tak ada duit.
“Aku masuk Millah Abraham sebab aku ikut perempuan. Millah Abraham tu sebuah agama sesat. Aku disesatkan oleh seorang wanita,” tegasnya.
Dalam pada itu, pelakon berkenaan mencabar supaya pihak berkuasa, termasuk Jabatan Agama Islam untuk menyiasat dirinya berkenaan ajaran berkenaan.
“Panggil jabatan agama siasat aku. Aku tahu semua pasal Millah Abraham. aku boleh bagitau siapa semua ketua-ketua.
Aku dah tak pandang Al-Quran sebab Millah Abraham cakap Al-Quran dah tak ada makna. Millah Abraham dah buat aku gila,” ujarnya.
Untuk rekod, Millah Abraham dikaitkan dengan rangkaian Gerakan Pemuda Kahfi di Bogor, Indonesia yang diteraju oleh Ahmad Musodiq.
Selain itu, Millah Abraham Ibrahim dipercayai berpusat di Cilimus Kuningan, Kota Cirebon, di Jawa Barat Indonesia yang diketuai oleh Zubaedi Djawahir.
Millah Ibrahim merupakan ajaran yang difatwakan menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada tahun 2015. – KopiPlanet.com