Cerita ArtisHiburan

Azhar Sulaiman Cadangkan Semua Ahli Parlimen Pakai Tali Leher Seperti Biasa

Pelakon popular, Azhar Sulaiman mencadangkan agar semua ahli parlimen di negara ini supaya memakai tali leher seperti biasa.

Dalam satu posting yang dimuatnaik di Instagram, seseorang yang memakai tali leher itu bukanlah sekadar semata-mata untuk berfesyen.

“Tali Leher – Tie. Pada Mami hanya YAB PM Sahaja yang patut ada lesen untuk Tidak Guna Tie. Mami pakai Tie sejak Sekolah Rendah Hinggalah Kini.

“Ada Sebab Kita Pakai Tie Ni….bukan sebab nak berfesyen…,” tulisnya.

Azhar menerangkan bahawa pemakaian tali leher adalah sebagai menghormati kedudukan seseorang itu serta mewujudkan suasana profesional.

“Tapi menghormati Position kita…tempat kita berada…dan mewujudkan suasana Professional and Not Casual. Mami Cadangkan Semua MPs Pakai Tie Seperti Biasa.

“Mami harap Usul kecil Mami ni boleh diluluskan lah Ya Tuan Speaker. p/s Biarlah YAB DSAI jer yang nampak cam Tony Blair masa 1st. Time jadi PM UK dulu,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button