Cerita ArtisHiburan

Dedah Pernah Didera Bekas Kekasih, Diana Danielle Tiada Niat Ungkit Kisah Silam


Pelakon dan penyanyi popular, Diana Danielle menyatakan dirinya tidak berniat untuk mengungkit kisah penderaan bekas kekasih terhadap dirinya sebelum mendirikan rumah tangga bersama suaminya Farid Kamil.

Diana berkata, dia tidak menyangka isu penderaan fizikal yang dikongsikan di sebuah program di YouTube itu mendapat perhatian ramai.

“Saya tidak berniat pun nak ungkit cerita lama dan hanya sekadar berkongsi sahaja. Ramai tahu saya jenis orang yang bukan cari gaduh, lagipun saya pernah dedahkan perkara ini 10 tahun lalu, cuma mungkin ramai peminat sekarang tak tahu.

“Dalam program itu saya bercakap mengenai kesihatan mental dan bagaimana cara untuk meneruskan hidup. Selama lebih satu jam berkongsi, tak sangka cerita berkenaan menjadi perhatian,” ujarnya.

Diana ditemui di majlis pelancaran koleksi Rizman Ruzaini RR Cruise 22/23 di RR Flagship Store di Shoppes at Four Season Place, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Diana berkata, sebaik sahaja mendengar semula rakaman terbabit, ramai yang menghantar mesej secara peribadi kepadanya serta berterima kasih kerada ada perkara yang dibangkitkan itu memberi semangat serta memberi ruang mereka bercerita mengenai pengalaman masing-masing.

Disebabkan itu, pelakon berkenaan mengakui terbit sedikit rasa serba salah atas keterlanjurannya membuat perkongsian tersebut. 

“Memang ada timbul serba salah apabila saya berkongsi mengenai perkara itu kerana saya tak maksud atau tuju kepada sesiapa. Saya pun tak boleh nak salahkan orang lain jika kita sendiri yang memulakan sesuatu,” katanya. 

Baru-baru ini, Diana mendedahkan pernah didera secara fizikal bekas kekasihnya yang tidak didedahkan identitinya menerusi program Studio Sembang dalam YouTube.

Dalam pada itu, apabila ditanya adakah dia fobia melalui pengalaman hitam tersebut,  Diana menganggap ia sebagai pengajaran.

“Pastinya ia menjadi pengajaran kerana dalam hidup ini, manusia takkan lari daripada buat kesalahan atau membuat orang lain terasa hati.

“Semua orang ada pengalaman yang berbeza, buatlah keptusan yang terbaik, lebih-lebih lagi bila kita ada anak, jika kita tak kuat untuk diri sendiri, kita kena kuat demi anak-anak supaya mereka tak perlu menjalani hidup yang penuh kekerasan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Diana akan tampil dengan single bahasa Melayu sekitar tahun depan, selepas mengeluarkan single bahasa Inggeris berjudul Shine On. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button