Cerita ArtisHiburan

Dakwa Difitnah Sudah Berkahwin, Syamsul Yusof Mahu Saman JAWI RM10 Juta

Pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof mahu mengambil tindakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebanyak RM10 juta.

Dalam perkongsian di Instagram, saman berkenaan dibuat kerana kenyataan tidak benar yang dibuat oleh JAWI kepada keluarganya.

“Saya saman pihak JAWI RM10 juta kerana telah menyebar kenyataan tidak benar, fitnah & palsu kepada keluarga saya bahawa saya telah berkahwin lagi.

“Ya, ianya fitnah, tq,” tulisnya.

Dalam pada itu, isteri kepada Syamsul iaitu Puteri Sarah menerusi Insta Story pula menyatakan supaya suaminya itu untuk mengaku tentang perkara tersebut sekiranya benar.

Pada masa sama, Puteri Sarah mempertikaikan tindakan saman terhadap JAWI yang mahu dilakukan oleh Syamsul.

“Benda macam ni tiba muncul. Tiba nak saman, for what?

“Benda baik tu baik umumkan before menimbulkan fitnah dan prasangka buruk from your own family,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button