Cerita ArtisHiburan

Nad Zainal Akhirnya Buat Kemunculan Setelah Sebulan Dirawat, Nafi Supplement Yang Diambil Jadi Punca Penyakit

Setelah sebulan mendapatkan rawatan akibat paru-paru berdarah, akhirnya pelakon popular Nad Zainal membuat kemunculan di khalayak.

Membuat sesi live di TikTok kira-kira pukul 8.00 malam tadi, Nad mengungkapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya.

“Saya ingin berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang banyak mendoakan saya. Setelah bertarung nyawa selama sebulan, Alhamdulillah doa saya diperkenankan untuk dapat kembali bersama keluarga.

“Pengajaran yang saya dapat adalah selepas ini saya perlu jaga diri, jaga kesihatan. Hargai semua yang ada di sekeliling saya,” ujarnya.

Ujar Nad, dia juga meluahkan penghargaan kepada mereka yang menganjurkan majlis doa selamat serta solat hajat untuk dirinya.

Jelasnya, sepanjang sebulan menerima rawatan, dia telah dimasukkan ke tiga buah hospital iaitu Hospital Ampang Puteri, Hospital Kuala Lumpur dan Institut Perubatan Respiratori (IPR).

Dalam pada itu, pelakon itu menjelaskan kemunculannya dalam live berkenaan adalah untuk berkongsi tentang keadaan terkini dirinya.

“Sekarang ini saya cuma nak share keadaan saya. Apa yang terjadi sepanjang saya jalani rawatan akan saya kongsikan nanti, termasuk apa yang saya mimpi ketika tidak sedar.

“Buat masa ini, saya perlukan rehat. Begitu juga dalam lakonan, saya mungkin akan berehat selama dua bulan untuk persiapkan diri saya,” fujarnya.

Dalam pada itu, Nad menolak spekulasi yang mengatakan bahawa punya penyakit yang dialaminya adalah berpunca supplement yang diambilnya.

Tegasnya, spekulasi berkenaan tidak benar sama sekali sehingga timbul perasaan bersalah dalam dirinya apabila perkenaan timbul.

“Timbul isu kononnya saya sakit kerana makan supplement sampai jadi viral. Ternyata spekulasi itu tidak betul sama sekali. 

“Ini sedikit sebanyak buat saya sangat bersalah sampai fikir kenapa saya sakit sampai mengganggu perniagaan orang. Ini luar kawalan saya. Saya nak terangkan ia tak ada kaitan dgn supplement,” ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya netizen mengenai hubungannya dengan Ungku Ismail, Nad enggan mengulas panjang.

Namun begitu, pelakon berkenaan mengakui bahawa hubungannya dengan Ungku Ismail memang agak rapat.

“Dia rapat dengan saya dan saya sangat-sangat hargai orang yang bernama Ungku Ismail. Dia banyak membantu dan memberi semangat.

“Selain itu, saya pun tak ada masalah untuk Ungku Ismail ke depan untuk ceritakan perkembangan kesihatan saya. Malah, papa pun ada juga buat kenyataan dan Papa pun beri laluan untuk Ungku Ismail untuk ceritakan keadaan saya,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button