Cerita ArtisHiburan

“I Pejam Mata Pun I Boleh Rasa Handsome You” – Afeefa Pilih Opai Jadi Suami Sebab Kacak & Comel, Bukan Kerana Kaya

Pelakon popular Fatin Afeefa menyatakan dia memilih seorang jutawan Aliff Awang atau dikenali sebagai Opai sebagai pasangan bukan disebabkan status suaminya itu.

Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh Fatin apabila ditanya sendiri oleh suaminya itu menerusi satu perkongsian video di Instagram.

“B, I nak you tahu satu benda. You’re not the first rich man that approach me. But you’re the most handsome one.

“So I kahwin dengan you sebab you handsome, you comel. I pejam mata pun I boleh rasa handsome you. Kaya tu no dua,” jelasnya.

Baru-baru ini, pelakon yang popular menerusi filem Tentang Bulan itu mengejutkan ramai apabila mendirikan rumah tangga dengan jutawan saham berkenaan.

Dalam pada itu, Opai menerusi video berkenaan berkata apa yang dinyatakan oleh isterinya itu bukanlah fitnah.

“Ni bukan fitnah eh. Korang tak nak setuju ke, nak setuju ke. Nak berdebat ke, itu korang punya pasal.

“Agak-agak korang Fatin Afeefa ni kahwin dengan Opai sebab Opai ni handsome atau sebab Opai bawak supercar,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button