Cerita ArtisHiburan

Syamsul Yusof Akhirnya Sahkan Dia Sudah Bernikah Dengan Ira Kazar Di Thailand

Pengarah popular, Syamsul Yusof mengesahkan bahawa dia sudah pun bernikah dengan Ira Kazar.

Perkara berkenaan telah didedahkan sendiri oleh Syamsul menerusi satu perkongsian video di Instagram.

“Saya sudah bernikah secara sah dengan Ira yang berwalikan ayah dia sendiri di Thailand. 

“Ada sebab ia dilangsungkan di sini bagi memudahkan beberapa perkara. Perkahwinan ini juga sudah didaftarkan,” katanya menerusi video itu.

Menerusi video berkenaan, pengarah itu menjelaskan bahawa Puteri Sarah masih lagi isterinya yang sah.

“Kepada Puteri Sarah, saya mengharapkan kepulangan awak. Pulanglah ke rumah agar kita dapat berbincang dan tak perlu dihebahkan dalam media sosial. Bawa anak-anak kita balik.

“Apa saja kita berbincang di rumah tanpa perlu mengaibkan saya.Terus-terang, bawa anak-anak ke sana sini tanpa keizinan suami, sedangkan saya masih suami awak. Saya tak nak cakap lebih, fikir-fikirkanlah,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button