FilemTerkini

Terpalit Dengan Kontroversi, Trailer Filem Pulau Kini Trending Nombor Satu Di YouTube

Penerbit filem Pulau, Fred Chong memohon agar masyarakat tidak membuat sebarang andaian sebelum menonton keseluruhan filem berkenalan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Fred berkata pihaknya mengakui mendapat komen-komen yang negatif di sebalik sambutan yang luar biasa.

“Sambutan yang kami terima untuk filem kali ini, sangat luar biasa dan tidak dinafikan kami turut menerima komen yang negatif.

“Apa yang dilihat melalui treler tersebut hanyalah satu peratus daripada keseluruhan filem dan saya berharap masyarakat tidak membuat andaian sebelum menonton filem penuh yang bakal keluar pada 9 Mac 2023 nanti,” ujarnya.

Filem yang dihasilkan oleh WebTVAsia dengan kerjasama Filmforce dan My Way Pictures sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila dikatakan memaparkan banyak adegan-adegan yang tidak sesuai.

Dalam pada itu, beliau juga mengatakan pihaknya tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak apabila timbulnya kontroversi sebaik sahaja trailer filem berkenalan dilancarkan pada 12 Januari lalu.

“Segala bahan promosi filem seperti trailer, poster malah filem Pulau sendiri telah melalui proses pemerhatian lanjut daripada pihak Lembaga Penapisan Filem termasuklah senarai wajib tayang daripada FINAS.

Semua babak yang sepatutnya dipotong telah pun dipatuhi daripada pihak kami, kami yakin pada ketelusan proses dan profesionalisme pihak LPF dan kami hormati keputusan LPF,” ujarnya.

Pada masa sama, trailer berkenaan kini telah menjadi trending #1 sejak dimuat naik di YouTube sepanjang enam hari dengan jumlah tontonan 697,000. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button