AdvetorialKongsi

Ryan Deedat Dilantik Jadi Duta Produk Jualan Barangan Perkahwinan JV Craft & Gifts

Penyanyi dan komposer Ryan Deedat dilamar menjadi Duta Jenama bagi Syarikat JV Craft & Gifts. Penyanyi yang mesra disapa sebagai Ryan ini dilamar oleh syarikat JV Craft & Gifts menjadi duta julung kalinya bagi syarikat tersebut.

Menariknya, ia merupakan kolaborasi pertama Ryan Deedat dan JV Craft & Gifts dan Ryan yang namanya tidak asing lagi dalam dunia seni berkata dia tidak pernah ditawarkan menjadi duta bagi jenama lain. 

“Ini adalah anugerah pertama saya semenjak 13 tahun bertapak dalam dunia seni dan sangat bersyukur diberi peluang oleh JV Craft & Gifts.

“Pastinya saya akan mengalas tugas sebagai Duta dengan penuh disiplin dan bersemangat serta melaksanakan tugas sebaiknya,” ujarnya.

Selain itu, Ryan juga berkata, dengan kolaborasi ini dapat mewujudkan kerjasama yang lebih akrab antara kedua belah pihak.

JV Craft & Gifts telah berkecimpung dalam dunia perniagaan perkahwinan dalam 4 tahun sebelum pendemik yang berlaku pada tahun 2020. 

Pelbagai cabaran telah ditempuh semasa semasa perintah kawalan pergerakan, ini telah mengorak langkah bagi JV Craft & Gifts untuk terus menapa nama di dunia perniagaan barangan perkahwinan. 

JV Craft & Gifts merupakan one stop centre yang menjual pelbagai keperluan untuk majlis perkahwinan seperti doorgift, bunga telur, dulang hantaran, bunga hiasan, pokok viral, aksesori rumah, reben dan lace. Selain itu, 

Syarikat JV Craft & Gifts turut menawarkan perkhimatan untuk gubahan hantaran, bunga tangan pengantin, bunga pasu dan mas kahwin.

Pihak pengurusan JV Craft & Gifts telah mengambil keputusan menjadikan Ryan Deedat sebagai Duta bagi melebarkan nama mereka di persada dunia perniagaan perkahwinan. 

Janice Mok selaku Pengarah Urusan JV Craft & Gifts berkata “Dengan Ryan Deedat sebagai duta jenama kami, kami yakin kami akan terus menyediakan produk dan perkhidmatan yang luar biasa kepada pelanggan kami yang dihargai. 

“Kami menantikan perkongsian baharu ini dan kemungkinan menarik yang dibawanya.”

Dalam pada itu, Janice berkata projek pertama antara mereka adalah mengeluarkan lagu raya yang berjudul “Hantaran Raya”. 

“Kami baru sahaja selesai pengambaran musik video untuk lagu Hantaran Raya, pihak kami sangat teruja dengan projek ini dan tidak sabar untuk mengeluarkan lagu ini pada Ramadan akan datang,” jelasnya.

Sementara itu, Ryan berkata lagu berkenaan merupakan usaha sama antara kedua belah pihak, di mana JV Craft & Gifts yang memulakan idea untuk penciptaan lagu Hantaran Raya. 

“Lagu ini telah dicipta oleh Adam Armin, Yusuff Khan selaku komposer dan lirik oleh Adam Armin, Yusuff Khan dan Ryan Deedat. 

“Yang menarik tentang lagu ini, ia turut menampilkan perkerja dan pihak pengurusan dalam sesi rakaman serta Nisha Que sebagai penyanyi perempuan.

“Saya sangat berbangga dengan mereka kerana mereke mempunyai suara yg sangat baik dalam rakaman tersebut. Saya tak sabar untuk mengeluarkan lagu ini tidak lama lagi,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button