AdvetorialKongsi

MILO® Anjur Program ‘Charity At Heart’, Beri Sumbangan Kepada 100 Keluarga Golongan B40

Berlatarbelakangkan Pokok Kemakmuran (Tree of Prosperity) setinggi 12 kaki di Pavilion Bukit Jalil, acara Charity At Heart telah berjaya dilancarkan menerusi kolaborasi MILO® dan Pavilion Bukit Jalil sebagai tenaja tempat dan rakan kongsi amal dalam menyambut tahun baharu. 

Istimewanya, sebanyak 10,000 pek MILO® HI-FIBRE telah disediakan di Aras 2, Pink Zone, Pavilion Bukit Jalil yang boleh dibeli oleh orang ramai pada harga istimewa iaitu RM8, manakala semua hasil pembelian akan disumbangkan kepada badan amal.

Andrew Yoon, Pengurus Pemasaran Pengguna – MILO® Business Unit, Nestlé (Malaysia) Berhadberkata, pihaknya berbesar hati kerana MILO® HI-FIBRE dapat memberi sumbangan terhadap tujuan yang baik dan terus membekalkan tenaga kepada orang ramai untuk menyemarakkan gaya hidup aktif mereka pada tahun baharu ini. 

“Jenama kami sentiasa komited dalam mengutamakan pengguna, MILO® HI-FIBRE terhasil daripada inovasi berterusan dan sokongan kami terhadap gaya hidup aktif rakyat Malaysia. 

“Kami berharap dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk berani terus melangkah ke hadapan dengan tenaga MILO® HI-FIBRE.”

MILO® HI-FIBRE, yang memenuhi kriteria Logo Pilihan Lebih Sihat mengikut panduan Kementerian Kesihatan Malaysia, mengandungi khasiat tambahan daripada kandungan serat yang lebih tinggi dan hanya lebih kurang setengah sudu kecil gula (sukrosa) setiap hidangan. 

Sungguhpun dengan gabungan baharu ini, rakyat Malaysia tetap dapat menikmati rasa ikonik MILO® kegemaran mereka dengan kebaikan barli malt, susu dan koko kegemaran Malaysia dengan 6 vitamin dan 3 mineral penting.

Acara MILO® HI-FIBRE x Pavilion Bukit Jalil “Charity At Heart” itu dirasmikan oleh legenda badminton negara dan duta MILO® HI-FIBRE, Datuk Rashid Sidek, di samping 100 keluarga B40 yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan dari seluruh Lembah Klang.

Mereka dapat merasai keseronokkan menerusi beberapa sesi badminton yang turut diadakan, terima kasih kepada pihak Absolute Protech Sports (M) Sdn. Bhd. atas kesudian menaja raket badminton bagi acara amal ini.

Bertepatan dengan matlamat MILO® untuk memupuk tabiat aktif bersukan dari usia muda, pada acara yang sama Datuk Rashid Sidek turut berkongsi beberapa kemahiran asas badminton bersama kanak-kanak yang hadir. 

“Sudah tiba masanya untuk saya kongsikan segala kemahiran dan nilai positif yang diperolehi sepanjang menjadi pemain badminton kepada generasi seterusnya. 

“Meskipun rutin harian saya sibuk dengan tugas sebagai jurulatih dan kekal aktif bersama keluarga, saya bersyukur kerana MILO® HI-FIBRE dapat memberi tenaga dan nutrisi yang diperlukan untuk menjalani rutin harian yang begitu padat,” ujarnya. 

Pembangunan bakat muda dalam sukan di Malaysia disokong dengan inisiatif penganjuran Klinik Juara MILO®  yang akan dilancarkan pada Mac ini. MILO® percaya bahawa, sukan dapat membentuk karakter dan nilai kehidupan dalam diri kanak-kanak yang penting untuk kejayaan sepanjang hayat. 

Klinik Juara MILO®, yang bermula pada 2015, memberi peluang kepada kanak-kanak untuk belajar dan merasai sendiri pengalaman bersukan buat kali pertama dalam persekitaran yang menyeronokkan, berpatutan dan selamat di bawah bimbingan jurulatih yang berkualiti.

Untuk maklumat lanjut tentang kebaikan MILO® HI-FIBRE, layari https://www.milo.com.my/milo-hi-fibre

Didatangkan dalam dalam dua format – pek lembut 900g dan stik pek 30g (12 stik pek setiap bungkusan) – MILO® HI-FIBRE boleh didapati di kedai-keadi berhampiran atau secara atas talian melalui laman e-dagang pilihan anda. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button