Cerita ArtisHiburan

Michael Ang Letak Syarat, Pelakon Lelaki & Perempuan Tak Dibenarkan Bercinta Di Lokasi Penggambarannya

Pengarah popular, Michael Ang meletakkan syarat untuk tidak membenarkan pelakon lelaki dan perempuan menjalinkan hubungan cinta di lokasi penggambaran.

Perkara berkenaan telah dinyatakan sendiri oleh Michael menerusi kenyataan yang dibuat di Instagram miliknya.

“Ok mulai hari ini siapa siapa pelakon lelaki or perempuan dalam set aku, kena sign kontrak yang takkan bercinta kat set.

“Stress aku nak melayan reporter tercall2. Cakap nak buat marketing la apa la,” luahnya.

Pada masa sama, pengarah itu juga meluahkan tekanannya berkenaan dengan situasi berkenaan.

“Yang bercinta berskandal tu dorang, bukan aku.

“Stress aku shut down jela hari ni. Suruh berlakon, bukan bercinta,” ujarnya. 

Sebagai rekod, antara pasangan pelakon yang terbabit dengan cinta lokasi seperti Fattah Amin dan Fazura serta Kamal Adli dan Uqasha Senrose.  – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button