Cerita ArtisHiburan

Balu Arwah Abam Tak Dibenarkan Masuk Rumah, Tuntut Ali Puteh Bayar RM60,000 Segera

Balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali berasa kecewa kerana dirinya tidak dilayan sewaktu datang ke rumah peninggalan arwah hari ini.

Dalam satu perkongsian video di Instagram, meluahkan kekecewaannya sambil menggesa supaya bayaran RM60,000 kepadanya dibuat segera.

“Hari ini 10/02/2023 Genab 3 Tahun arwah tinggalkan Kami… Abg syg dtg Rumah Kita tapiiii.. korang Nilaikan Sendiri..

“PIHAK DISANA tolong Buat BAYARAN 60k Peguam DAYAH 2 kli hantar surat 21 hari Tapii pihak Sana hanya berdiam diri Dan permain2 kan perintah Mahkamah,” tulisnya di caption berkenaan.

Menerusi video itu pula, Hidayah meluahkan rasa kesalnya apabila rumah peninggalan arwah suaminya itu kelihatan seperti tidak terurus.

“Di hari Jumaat yang mulia ini, sempena tiga tahun pemergian arwah. Sekarang saya kat rumah saya tetapi tidak ada sesiapa yang menyahut walaupun sudah tekan loceng.

“Satu jam saya tunggu tetapi tiada siapa buka pintu. Tengok ini, ada kereta, kasut dan motosikal. Ini rumah arwah suami. Minta tolong viralkan,” jelasnya.

Pada Disember tahun lalu, Ali Puteh kekal diperintah membayar ganti rugi RM60,000 kepada kakak iparnya kerana memfitnah wanita itu dalam laman sosial Instagram.

Kemelut antara Siti Nor Hidayah dan keluarga Ali Puteh bermula selepas kematian Abam Bocey atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada 10 Februari 2020 akibat demam panas. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button