EventHiburan

Lagu Terus Hidup Nyanyian Aina Abdul Dinobat Sebagai Juara, Turut Menang Vokal Terbaik AJL 37

Anugerah Juara Lagu (AJL37) menyaksikan lagu berjudul Terus Hidup nyanyian Aina Abdul dinobat sebagai juara. 

Pada program yang berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil, lagu ciptaan Aina sendiri itu berhasil membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 serta trofi.

Lagu ciptaan SonaOne iaitu Satu Malam Di Termasek yang dinyanyikan SonaOne dan Joe Flizzow pula bergelar naib juara dan memenangi hadiah wang tunai RM50,000.

Selain itu tempat ketiga pula berjaya diraih Alif Satar & The Locos yang mempersembahkan lagu Anugerah Terindah dan berhasil membawa pulang RM30,000.

Bagi kategori vokal terbaik pula turut dimenangi Aina Abdul, manakala persembahan terbaik menjadi milik Shiha Zikir (Irama).

Pemenang bagi kedua-dua kategori berkenaan membawa pulang masing-masing hadiah wang tunai RM12,000.

AJL37 membawa tema Dimensi Muzik dihoskan oleh Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

Edisi kali ini menampilkan juri seperti Acis, Altimet, Noryn Aziz, Jari, Ad Samad, Azlan Abu Hassan, Khir Rahman, LY, Damian Mikail serta Datuk Mokhzani sebagai ketua juri. – KopiPlanet.com

*Senarai Pemenang AJL 37

Juara – Terus Hidup (Aina Abdul)

Naib Juara – Satu Malam Di Temasek (SonaOne & Joe Flizzow)

Tempat Ketiga – Anugerah Terindah (Alif Satar & The Locos)

Vokal Terbaik – Aina Abdul (Terus Hidup)

Persembahan Terbaik – Shiha Zikir (Irama)

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button