Cerita ArtisHiburan

Tonton Wayang Bersama-Sama, Sophia Albarakbah Tayang Wajah Kekasih

Sebelum ini, nama pelakon Sophia Albarakbah hangat diperkatakan apabila dikaitkan dengan pelakon dan penyanyi popular Aliff Aziz.

Bagaimanapun, pelakon berkenaan kembali menarik perhatian netizen apabila memuatnaik sekeping gambar di Insta Story yang menunjukkan dia pergi menonton wayang bersama seorang jejaka.

Menerusi gambar berkenaan, kelihatan Sophia dan jejaka berkenaan cukup mesra difahamkan jejaka itu merupakan kekasihnya yang juga seorang doktor.

Pada mulanya, pelakon itu menutup wajah jejaka tersebut dengan gambar ikon kucing, namun kemudian dia menggantikan gambar dengan hanya menutup mata jejaka itu sahaja.

Berkenaan dengan kontroversi yang membabitkan dirinya dengan Aliff Aziz, sehingga kini Sophia masih belum memberikan sebarang kenyataan mengenainya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
2
+1
0
+1
1
+1
0
+1
2
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button