Cerita ArtisHiburan

Emma Maembong Prank Suami Buat Review Produk… Rupa-Rupanya Umum Hamil Anak Kedua

Pelakon popular Emma Maembong membuat kejutan terhadap suaminya, Muhammad Shazli Azhar apabila mengumumkan dia kini sedang hamil anak kedua.

Menariknya, dalam satu video yang dikongsi, pelakon itu menunjukkan dia sedang membuat prank bersama suami dengan membuat review produk.

Bagaimanapun, dia membuat kejutan apabila mempamerkan alat ujian kehamilan kepada suaminya yang menunjukkan dia kini hamil anak kedua.

“Syukur Alamdulillah…,” tulisnya ringkas.

Menerusi video berkenaan, kelihatan pelakon berkenaan tidak dapat menahan air matanya mengalir apabila membuat kejutan kepada suaminya itu.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada Februari 2020 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Shariq Gabriel. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button