Cerita ArtisHiburan

“Kita Kasi Nikah Dulu La…” – Tom GV9 Fuad Rahman Bernikah Hari Ini

Pasangan penyanyi popular, Tom GV9 dan Fuad Rahman akhirnya mendirikan rumah tangga pada hari ini.

Perkara berkenaan disahkan sendiri oleh Tom menerusi satu perkongsian di akaun media sosial miliknya.

“Doakan kami urusan kami berdua dipermudahkan sebentar lagi….majlis nikah2 keluarga je dlu…majlis bsanding kita buat pas raya k..dh nak puasa ni…

“Kita kasi nikah dlu la..bahaya puasa2 tak nikah…hehe.. Mohamed Fuad  Fuad Rahman 2k22,” tulisnya.

Sebelum ini, Tom memaklumkan majlis persandingan akan diadakan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti dan mereka merancangan menjemput ramai kenalan.

Pasangan berkenaan sebelum ini pernah menjadi pasangan kekasih selama beberapa tahun sejak 2005 sebelum berpisah kerana Fuad berdepan hukuman penjara. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button