EventHiburan

Hafiz Mahamad Raih Hadiah Utama GMWA 2022, Raih Undian Sebanyak 125,288

Usahawan dan influncer popular, Hafiz Mahamad telah dinobatkan sebagai pemenang utama untuk acara Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA 2022).

Dalam acara yang berlangsung malam tadi, dia yang juga suami kepada usahawan Syafiqah Aina itu berhasil mengalahkan dua calon lain iaitu drama Melur Untuk Firdaus serta video muzik Bad (Dolla).

“Isteri saya pernah dilemahkan oleh satu manusia yang punya ilmu, harta dan nama. Jadi hari ini saya berdiri untuk cari nama dan pengaruh serta sedikit ilmu dan harta untuk mengangkat darjat isteri saya.

“Teruskan usaha kita untuk sampaikan kejayaan demi kejayaan. Terima kasih,” kata Hafiz

Dengan kemenangan tersebut, Hafiz yang turut menggondol anugerah Digital Influencer Tergempak GMWA2022 itu menerima sebuah trofi setelah mendapat jumlah undian sebanyak 125,288.

Pada masa sama, Hafiz turut meluahkan rasa syukur atas kemenangan tersebut dan bakal menghadiahkan 10 buah bas balik kampung secara percuma.

“Alhamdulilah saya amat bersyukur dan gembira dengan kemenangan ini saya umumkan bakal menghadiahkan 10 buah bas balik kampung secara percuma,” katanya.

Sebelum ini, influencer berkenaan cukup dikenali dalam kalangan netizen sebagai seorang individu yang kerap berkongsi rezeki serta sering memberikan bantuan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Istimewanya, bermula dari orang biasa sehingga pekerjanya, ternyata cara Hafiz berkongsi rezeki kepada orang lain seringkali menyorot perhatian umum, khususnya netizen.

Selain itu, Hafiz bersama isterinya, Syafiqah Aina juga gemar membantu anak muda mengubah kehidupan mereka. – KopiPlanet.com

*Senarai penuh pemenangan untuk GMWA2022:

1. Video Tergempak – Merqeen

2. Selebriti Digital Tergempak – Datuk Seri Siti Nurhaliza

3.Digital Influencer Tergempak – Hafiz Mahamad

4. Drama Trending Tergempak – Melur Untuk Firdaus

5. Content Creator Tergempak – Ryan Bakery

6. Muzik Video Tergempak – BAD (DOLLA)

7. Lagu Trending Tergempak – BAD (DOLLA)

8. Gamers Trending Tergempak – Kambing Golek

9.Motivator Digital Tergempak – Cikgu Fathi

10. Hall Of Fame Mc Donalds – Sofyank

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button