Cerita ArtisHiburan

Syamsul Yusof Enggan Bercerai, Puteri Sarah Mengaku Pernah Dipukul Suami

Pengarah filem ‘Mat Kilau’, Syamsul Yusof enggan menceraikan isterinya, Puteri Sarah ketika prosiding sebutan kes di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Peguam syarie, Rushdan Sujak yang mewakili syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof selaku defendan berkata demikian ketika prosiding di hadapan Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas dengan dihadiri peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader bagi pihak Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin selaku plaintif.

Susulan itu, mahkamah memerintahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam permohonan cerai itu.

Sementara itu, pelakon Puteri Sarah mengemukakan bukti baharu mendakwa dirinya pernah dipukul oleh suaminya, Syamsul Yusof pada 2020 hingga menyebabkan dia keluar dari rumah.

Puteri Sarah berkata demikian di hadapan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas ketika prosiding tuntutan cerai yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.

Puteri Sarah berkata, bukti baharu itu dikemukakan selepas Syamsul enggan melafazkan cerai terhadapnya hari ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button