Cerita ArtisHiburan

Amir Hasan Tampil Genre Berbeza Menerusi Single Baharu Cuma Kamu

Penyanyi Amir Hasan, 26, kini tampil dengan single terbaru berjudul ‘Cuma Kamu’. Bagi Amir, lagu tersebut tentunya mempunyai perbezaan dan keistimewaan tersendiri berbanding lagu-lagu nyanyiannya sebelum ini.

Malah, pemilik nama lengkap Amir Bin Abu Hasan itu juga merasa sungguh teruja diberi peluang menyampaikan lagu genre retro seperti yang ditampilkan dalam lagu ‘Cuma Kamu’. Justeru, dia sangat teruja untuk berkongsi buah tangan terbarunya itu kepada orang ramai.

“Genre lagu ini betul-betul berbeza. Saya rasa di Malaysia sekarang ini jarang ada lagu yang bergenre retro atau disko seperti ‘Cuma Kamu’. Ia sangat sesuai untuk memberi perasaan dilamun cinta.

“Pihak Sony Music Malaysia menghubungi saya dan menawarkan lagu yang merupakan runut bunyi rasmi (OST) bagi drama bersiri ‘Gadis EXXtra’ di Astro.

“Setelah mendengarkan demo, saya sangat teruja dan jatuh cinta dengan melodi dan keseluruhan lagu,” katanya.

Bercakap tentang kerjasama dengan penulis lirik dan produser ‘Cuma Kamu’ iaitu Farouk Roman, Amir yakin dengan sentuhan dan hasil kerja beliau. Lagu ‘Cuma Kamu’.

“Saya dah mengenali Farouk selama empat tahun, kami sering berdiskusi tentang rancangan untuk bekerjasama, Alhamdulillah akhirnya hasrat kami tercapai.

“Lagu ‘Cuma Kamu’ adalah kali pertama yang tiada pelibatan saya dalam menulis lirik dan saya memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada produser, Farouk Roman. Beliau juga sangat memahami saya dan mudah untuk bekerjasama dengan beliau,” ujarnya.

Amir juga kongsikan pengalaman beliau semasa sesi rakaman lagu ‘Cuma Kamu’ dan mengambarkan sesi tersebut berjalan dengan lancar, manakan tidak, Farouk Roman sememangnya dikenali komposer yang profesional.

“Alhamdulilah dalam proses menghasilkan lagu ‘Cuma Kamu’ dengan produser Farouk Roman. Selain itu, saya akui telah mengambil masa sekitar dua minggu untuk mendalami dan menghayati tetang konsep aliran lagu ‘Cuma Kamu’ agar saya dapat menyampaikan lagu ini dari hati.” Katanya lagi

Setelah mencurahkan usaha selama ini, Amir tentu mempunyai impian terhadap lagu ‘Cuma Kamu’ agar dapat diterima dan mendapat sokongan daripada peminat dan pendengar diluar sana.

“Saya juga berharap agar lagu ini menjadi batu loncatan untuk saya lebih mara dalam kerjaya.

“Manalah tahu nanti ada orang yang panggil saya ‘Amir Disko’ atau ‘Amir Retro’ kerana menyanyikan lagu berkonsepkan orang lama,” selorohnya menutup bicara.

Menerusi lagu ‘Cuma Kamu’ telah membuktikan bahawa Amir Hasan mencabar beliau dari zon selesa kerana berjaya tampil dengan genre yang berbeza dari sebelum ini.

Lagu ‘Cuma Kamu’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button