Cerita ArtisHiburan

Shuhada Balas Kenyataan Hafidz Roshdi… Keluarga Mentua Benarkan Hafidz Kahwin Lagi Tanpa Izin, Rasa Dirinya Dikhianati

Selepas pelakon Hafidz Roshdi meminta Nurul Shuhada memohon maaf dalam tempoh 48 jam, bekas isterinya itu lantas memberikan kenyataan balas.

Menerusi satu posting di Instagram, Shuhada menyatakan kenyataan yang dimuatnaik olehnya sebelum ini di media sosial tanpa mengetahui tentang kedudukan undang-undang.

“Saya, nurul shuhada binti mat shukri, ingin membalas kenyataan dari bekas suami saya, muhammad hafidz bin roshdi. Saya membalas melalui media sosial kerana kenyataan dinyatakan juga melalui media sosial. Sebelum ini, kenyataan yang saya muatnaik di media sosial tanpa mengetahui tentang kedudukan undang-undang.

“Setelah berlaku insiden (didakwa ditumbuk Hafidz) pada 2 Mac 2023 yang kini masih dalam siasatan polis, saya telah mendapatkan nasihat undang-undang dan atas nasihat peguam saya, saya tidak akan mengupas lanjut tentang kenyataannya satu persatu. 

“Segala tindakan selepas ini akan melalui saluran undang-undang termasuklah tuntutan sivil. Cuma saya memuatnaik kenyataan ini kerana demi melindungi saya dan anak- anak saya,” ujarnya.

Menurutnya, selepas ini dia tidak akan memberi sebarang kenyataan dan segala tindakan adakan dilakukan melalui saluran undang-undang.

Dalam pada itu, Shuhada menyatakan dia telah memberikan yang terbaik untuk menjadi suri rumah sepenuh masa kepada bekas suaminya itu dalam menjaga kebajikan rumah tangga dan keluarga.

“Benarlah bagai kata Hafidz bahawa dalam perkahwinan itu ada kelemahan masing-masing. Harmoninya rumah tangga itu jika sama-sama kita sebagai pasangan melengkapi antara satu sama yang lain.

“Saya juga telah cuba sehabis baik. Sejak mula berkahwin, saya telah melupakan masa depan saya untuk sambung belajar walaupun peluang telah diberikan dan saya telah memutuskan untuk memberi perhatian menjadi isteri dan ibu sepenuh masa.

“Menjadi isteri Hafidz yang sentiasa menyokongnya dalam kariernya walaupun kadangkala sejak perkahwinan kami diuji dengan pelbagai ujian. Saya berdiam diri. Masih tetap setia saya bersama,” luahnya.

Bagaimanapun, Shuhada meluahkan bahawa pengorbanannya itu selama ini ternyata sia-sia apabila dia diberi ujian yang hebat sebagai seorang wanita dan isteri.

“Baru-baru ini saya telah diuji dengan ujian yang sangat berat. Ujian yang bukan mudah untuk kami wanita hadapi. 

“Ujian yang bakal mengubah kehidupan saya dan anak-anak. Bukan mudah berada dalam situasi ini. Bukan semua juga dapat menghadapinya,” ujarnya.

Sehubungan itu, Shuhada mendedahkan bahawa dia tidak akan berdiam diri malah mendedahkan keluarga Hafidz membenarkannya berkahwin lagi tanpa pengetahuan dan izinya.

“Saya tidak lagi boleh berdiam. Saya terasa dikhianati, semuanya berlaku tanpa pengetahuan saya. Tetapi dengan pengetahuan keluarga Hafidz iaitu membenarkan Hafidz berkahwin tapa izin saya.

“Saya terasa seorang diri dan hadirnya pihak lain yang menjadi orang ketiga dalam kehidupan kami. Kebiasaannya pada peringkat awal, saya sebagai wanita menjadi marah, geram, keliru memikirkan pelbagai hal. Saya kecewa. Saya sedih.

“Saya memikirkan nasib saya dan anak-anak. Mampukah kami meneruskan kehidupan saya sebagai suri rumah dan bangkit untuk membela saya dan anak-anak. Apakah kemungkinan akan datang?,” persoalnya.

Kata Shuhada dia sudah pun memberikan peluang kepada Hafidz untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka namun tidak sangka pula dikasari dan dilukai sekali lagi

Dalam pada itu, Shuhada yang tidak mahu diadili oleh sesiapa itu berharap kisah hitam yang berlaku kepadanya tidak akan terjadi kepada wanita lain serta bertegas mahu mengambil tindakan undang-undang atas kecederaan yang dialami.

“Saya tidak minta diadili, kalian ada pendapat sendiri. Saya juga berharap, janganlah kisah saya ini terjadi kepada siapa-siapa yang lain. 

“Saya akan mengambil tindakan undang-undang termasuk kecederaan yang saya alami,” tegasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button