EventHiburan

Suamiku Lelaki Pendosa Dinobat Drama Terbaik Anugerah Drama Sangat 2023

Drama Suamiku Lelaki Pendosa arahan Eyra Rahman telah dinobatkan sebagai Terbaik dalam acara Anugerah Drama Sangat 2023 yang berlangsung di PICC Putrajaya malam tadi.

Selain dinobatkan sebagai Drama Terbaik, drama terbitan Global Station itu turut meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (Datuk Aaron Aziz) dan Pengarah Terbaik (Eyra Rahman).

Sementara itu, drama Bisik-Bisik Gelora lakonan Raysha Rizrose dan Redza Rosli pula meraih anugerah Drama Popular.

Sementara itu, Redza Rosli mencipta kejutan apabila meraih anugerah Pelakon Lelaki Popular menerusi drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard, manakala Anna Jobling mendapat Anugerah Pelakon Wanita Popular. – KopiPlanet.com

*Senarai Pemenang Anugerah Drama Sangat 2023

Pelakon Antagonis Terbaik

  • Gambit Saifullah – Suami Lelaki Pendosa

Penulis Skrip Terbaik

  • Wan Mahani Wan Hassan &  Maizurah Mohd Ederis (Ayahanda)

Drama Adaptasi Novel Terbaik

  • Melur Untuk Firdaus

Anugerah BBNU

  • Aniq Suhair (Tahyul)

Pasangan Drama Terbaik

  • Meerqeen & Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus

OST Terbaik

  • Nafas Cinta – Khai Bahar & Aina Abdul (Kekasih Hati Mr Bodyguard)

Pelakon Lelaki Terbaik

  • Dato Aaron Aziz (Suamiku Lelaki Pendosa)

Pelakon Wanita Terbaik 

  • Ummi Nazeera (Risik Pada Hati)

Pelakon Lelaki Popular

  • Redza Rosli (Kekasih Hati Mr. Bodyguard)

Pelakon Wanita Popular

  • Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)

Drama Popular

  • Bisik-Bisik Gelora

Pengarah Terbaik

  • Eyra Rahman (Suamiku Lelaki Pendosa)

Drama Terbaik

  • Suamiku Lelaki Pendosa
Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button