Cerita ArtisHiburan

Kamal Adli Kena Serang Di Singapura, Dipukul Dengan Cota Berkali-Kali Sehingga Alami Kecederaan Parah Di Kepala

Pelakon popular Uqasha Senrose memaklumkan suaminya, Kamal Adli telah diserang sehingga dipukul berkali-kali dengan cota oleh individu yang tidak dikenali.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, kejadian berkenaan berlaku di Singapura sehingga mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

“Doakan suami saya Kamal, kami baru habis event di Singapura, tiba-tiba dia diattack orang Singapore dengan chota berkali-kali kepala, muka bawah mata dan badan.

“Sekarang Kamal dekat Singapore punya hospital, major operation kerana lubang dan bocor koyak di belakang kepala,” tulisnya.

Dalam pada itu, Uqasha yang dihubungi berkata, individu yang menyerang suaminya itu telah pun ditahan polis.

“Kami ada acara ekspo di Singapura. Hari ini adalah hari terakhir dan kami dah nak selesai. Lebih kurang jam 10 malam, ada seorang makcik nak bergambar di kerusi roda. 

“Saya dan suami bergambar dengan makcik itu. Tiba-tiba, ada seorang lelaki datang dan bertanya, Kamal mana. 

“Kami fikir, dia peminat. Kamal tegur dia, tiba-tiba dia keluarkan cota dari poket. Dia pukul berkali-kali belakang kepala. 

“Darah berjurai di baju. Apabila Kamal angkat kepala, dia pukul di tulang pipi. Kemudian berkali-kali di badan dan dia pun ada senjata tajam,” katanya. 

Ditanya mengenai keadaan terkini Kamal, Uqasha memaklumkan bahawa Kamal perlu menjalani pembedahan kerana luka yang besar dan panjang. 

“Saya sedih kerana Kamal perlu jalani pembedahan, sebab belakang kepala luka panjang. Mungkin dia kena ditidurkan. 

Dalam pada itu, Uqasha juga meluahkan kerisauannya apabila dia dan adik beradiknya turut menerima ugutan daripada individu itu. 

“Bila dia dah ditangkap oleh orang awam, dia berikan beberapa alasan antaranya, kononnya dia dihantar oleh satu pihak, kemudian, katanya dia ada isu peribadi dengan Kamal dan bila ditanya lagi, dia beritahu bahawa dia cemburu apabila Kamal berkahwin dengan saya. 

“Yang menjadi kerisauan kami, dia sempat memberikan ugutan kepada kami. Katanya, dia ingat wajah kami termasuk adik beradik saya dan akan menanggung akibatnya. 

“Kalau dia ada cota dan senjata tajam, tak mustahil dia ada senjata api juga. Depan polis pun dia berani berikan ugutan,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button