TV

Gagal Penuhi Syarat Kontrak Penerbitan Punca Awesome TV Tuntut Caj Kelewatan RM162 Juta Terhadap Ayu Puteh

Awesome TV merujuk kepada kenyataan Datuk Ayu Puteh pada 10 Mac bahawa pihaknya telah memfailkan saman terhadap stesen Awesome TV baru-baru ini selepas menerima surat tuntutan caj kelewatan penerimaan bahan siaran.

Dalam satu kenyatan yang dikeluarkan, pihak stesen TV berkenaan ingin menjelaskan bahawa mereka telah terlebih dahulu memfailkan tuntutan caj kelewatan penerimaan bahan siaran terhadap syarikat terbabit berjumlah RM162,192,000 pada Januari lalu.

“Ini susulan kegagalan pihak Datuk Ayu untuk memenuhi syarat kontrak penerbitan sebuah drama bersiri bertajuk Di Sebalik Dia berjumlah 28 episod bersama Awesome TV.

“Untuk rekod, syarikat Datuk Ayu iaitu Pencil Pictures Sdn Bhd telah hanya menyiapkan 26 daripada 28 episod yang dijanjikan seperti termaktub di dalam kontrak bersama,” kenyataan tersebut.

Menerusi kenyataan itu juga, dua lagi episod gagal disempurnakan pihak Datuk Ayu dan kesemua 26 episod yang disiapkan dihantar lewat kepada pihak Awesome TV dan tidak mengikut tarikh yang dipersetujui.

“Ketidakpatuhan kepada syarat-syarat kontrak ini telah menimbulkan pelbagai masalah kepada Awesome TV yang terpaksa membuat penjadualan semula program secara drastik.

“Kelewatan pihak Datuk Ayu juga telah mengakibatkan pelbagai komplikasi dengan pihak pengiklan Awesome TV,” ujarnya.

Oleh yang demikian, pihak Awesome TV tidak mempunyai pilihan selain daripada mengambil tindakan undang- undang terhadap syarikat Pencil Pictures Sdn Bhd pada Januari mengikut terma kontrak yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Pihak Awesome TV kini menyerahkan perkara ini sepenuhnya kepada proses perundangan untuk tindakan selanjutnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button