Cerita ArtisHiburan

Aizat Amdan & Asmidar Tubuhkan Thunderclap, Hanya Akan Muncul Menjelang Aidilfitri

Bersempena kehadiran musim perayaan Aidilfitri, penyanyi popular Aizat Amdan dan Asmidar mengambil pendekatan dengan menubuhkan gandingan yang diberi nama Thunderclap.

Istimewanya, kemunculan Thunderclap ini adalah khas untuk mendendangkan lagu yang akan memeriahkan sambutan Hari Raya Aidifitri.

Aizat berkata, Thunderclap yang turut dianggotai Ruvi selaku pemain dram hanya muncul dan akan menerima sebarang persembahan pada musim perayaan Aidilfitri sahaja.

“Apabila tiba sahaja Aidilfitri, memang ramai yang meminta saya menghasilkan lagu khas. Kemudian saya ambil keputusan menubuhkan Thunderclap bersama Asmidar dan Ruvi.

“Gandingan ini ditubuhkan secara tidak sengaja dan kami hanya akan membuat persembahan bersama ketika musim perayaan memandangkan masing-masing ada komitmen lain,” ujarnya.

Mengenai pemilihan nama Thnunderclap, Aizat memberitahu ia dipilih kerana ia adalah salah satu jenis mercun yang kerap dimainkan semasa perayaan Aidilfitri.

Malah, penyanyi itu juga menyatakan dengan gandingan berkenaan ia sekurang-kurangnya memberikan suatu kelainan ketika umat Islam menyambut lebaran.

“Untuk gandingan sulung ini, kami telah menghasilkan sebuah lagu yang diberi judul Janji Happy dengan mengetengahkan genre klasik.

“Kami memilih genre sebegini kerana mahu mengimbau nostalgia dan apa yang lebih menarik Janji Happy juga menjadi pilihan butik Mimpi Kita sebagai lagu tema mereka,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button