Cerita ArtisHiburan

Zarina Zainuddin Mohon Doa Dipanjangkan Umur, Jadi Mangsa Berita Palsu Dikatakan Meninggal Dunia

Pelakon popular, Zarina Zainuddin telah berkongsi tentang paparan satu berita palsu yang menjadi viral membabitkan dirinya.

Menerusi perkongsian di posting Instagram miliknya, berita tersebut memaklumkan bahawa Zarina telah disahkan meninggal dunia.

“Assalamualaikum Saya tengah shooting  #bukanputerilindunganbulan#samarindaramadhan2023 pagi ni dapat berita ni .. tolong doakan semuga saya panjang umur dan murah rezeki ..

“Anak saya Azal berada di Compas One ,Sengkang Square ,Singapore dia jaga booth pulut saya .. semuga Azal tabah dan kuat berada di Singapura,” tulisnya.

Dalam pada itu, segelintir rakan-rakan artis dan peminat meluahkan rasa terkejut dengan paparan berita palsu tersebut dan mengatakan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.

Malah, rata-rata turut mendoakan agar pelakon berkenaan dikurniakan kesihatan yang baik serta rezeki yang melimpah ruah. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button