Cerita ArtisHiburan

Boy Iman Tegaskan Dirinya Teraniaya, Dakwa Wang Vendor Tidak Masuk Dalam Akaun Peribadinya

Setelah lima hari ditahan reman, akhirnya pelakon popular Boy Iman tampil membuat kenyataan berhubung penganjuran sebuah festival yang dibatalkan saat akhir pada minggu lalu,

Menerusi video berkenaan, Boy Iman menegaskan dirinya telah teraniaya dan mendakwa CEO syarikat penganjur tidak membuat bayaran penuh kepada pihak venue iaitu WTC.

“Tujuan video ini dibuat untuk “clear” nama saya, memberi gambaran sebenar kronologi isu ini, mendedahkan fakta sebenar seperti yang saya ceritakan di balai polis dan mahkamah.

“Kerana banyak sangat tokok tambah cerita, spin cerita yang membuatkan seolah-olah saya pulak punca event ini tak jadi. Sedangkan hakikatnya CEO Syarikat yang tidak membayar penuh “venue” event tersebut iaitu pihak WTC atau lebih dikenali dengan nama PWTC,” ujarnya.

Tegas Boy Iman, bayaran yang dibuat oleh vendor juga adalah terus kepada akaun syarikat dan bukan di akaun peribadi miliknya.

Ujarnya, dia juga menganggap dirinya seperti menjadi kambing hitam memandangkan pernah mempunyai rekod yang tidak baik sebelum ini.

“Vendor buat bayaran terus ke akaun syarikat, bukan ke akaun peribadi saya atau akaun syarikat saya dan akaun syarikat tersebut bukanlah dibawah kawalan saya, tetapi yang pelik bila event tak jadi atau bermasalah nama saya pulak naik,Nak tergelak pun ada, nak marah pun ada, nak menangis pun ada.

“Adakah sebab saya artis dan pernah ada rekod tak berapa baik tentang nama saya terus saya di label sebegitu, dikambing hitam kan sebegitu,” ujarnya.

Pada masa sama, pelakon berkenaan menyatakan terpulang kepada mana-mana pihak untuk mempercayai dirinya atau tidak, malah akan mengemukakan bukti untuk mengukuhkan kenyataannya.

“Terpulang kepada semua yang mendengar dan menonton untuk membuat tafsiran sendiri, sama ada hendak percaya atau tidak, Hendak terima atau tidak tapi itulah kenyataan dia.

“Saya akan susuli video lain nanti beserta bukti & saksi untuk mengukuhkan lagi kenyataan saya ini. Harap maklum, terima kasih semua. Doakan saya, saya yang teraniaya,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button