Cerita ArtisHiburan

“Rakyat Malaysia Ni Nak Tengok Content Yang Bangang… -” Ifa Raziah Pertahan Tindakannya Rakam & Muat Naik Video Gelek Punggung

Usahawan dan penyanyi dangdut popular, Ifa Raziah mempertahankan tindakannya yang merakam dan memuat naik video gelek punggung bersama Datuk Seri Aliff Syukri yang mendapat kecaman ramai baru-baru ini.

Ifa berkata, selama ini video yang dimuat naik olehnya yang baik-baik kurang mendapat perhatian dan viral, berbanding video yang boleh mengundang kecaman ramai.

“Setahun sekali je saya ‘belanja’, kita kan nak bagi hiburan kepada rakyat Malaysia. Bila saya buat video yang beria-ia, semua tak viral. Jadi, saya buat video yang bangang-bangang, yang tak ada skrip… itu yang jadi viral.

“Maknanya rakyat Malaysia ni nak tengok content yang bangang… tak nak tengok content yang cerdik. Sebab kalau cerdik tu bukan satu hiburan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sewaktu majlis rumah terbuka anjuran saluran televisyen Suke TV yang berlangsung malam tadi.

Ifa berkata, dia beranggapan rakyat Malaysia yang suka menonton video-video yang diistilah sebagai bangang kerana ia menjadi satu bentuk usikan dan ejekan supaya mudah untuk memaki hamun.

“Itulah sebenarnya hobi-hobi rakyat Malaysia, jadi kita sajikan hobi-hobi ini. Kita nak berikan satu hiburan kepada mereka ini.

“Saya tak baca pun komen-komen mereka. Apapun saya tetap berterima kasih kepada yang sudah viralkan. Jadi berjayalah ‘resipi’ saya dan lepas ni saya kena buat banyak video bangang-banganglah,” ujarnya.

Jelasnya mengenai video yang dikecam baru-baru ini, Ifa mengatakan ia lebih kepada content untuk mempromosikan acara Star Vendors anjurannya yang akan berlangsung pada 26 hingga 28 Mei ini di Melaka. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button