Cerita ArtisHiburan

Peminat Luah Rasa Kesal, Amir Ahnaf Didakwa Bersikap Sombong & Enggan Bergambar

Baru-baru ini, salah seorang bintang drama Project High Council iaitu Amir Ahnaf menarik perhatian ramai apabila hadir ke program Big Stage 2023 minggu kelima.

Namun begitu, nama pelakon berkenaan menjadi sebutan gara-gara pendedahan seorang peminat yang mendakwa Amir bersikap sombong dan enggan bergambar selepas acara berakhir.

Menerusi luahan di akaun Tik Tok @nezuko.hamari, peminat itu menyatakan pelakon tersebut tidak mengendahkan ketika dipanggil dan memberikan ekpresi wajah yang menjengkelkan.

Selain itu, usaha peminat berkenaan meminta izin daripada pengawal peribadi untuk bergambar juga tidak berjaya dengan alasan Amir dalam kepenatan.

“Saya panggil nama dia tapi dia buat tak tahu. Saya masih fikir baik lagi, mungkin dia tak dengar. Saya dan dua orang rakan berdiri depan pengawal peribadinya dan tiada siapa-sapa di situ. Saya cakap baik-baik, ‘boleh tak nak ambil satu saja gambar dengan Amir?’

“Kedua-dua mereka tidak pedulikan saya tetapi salah seorang bodyguard, saya tanya dengan baik tapi dia cakap tidak boleh kerana Amir penat. Kawan saya panggil dia hanya pandang dengan wajah jengkel dan palingkan muka,” katanya.

Pada masa sama, peminat itu juga menyatakan dia memahami sekiranya pelakon itu kepenatan, namun kesal dengan sikap Amir yang tidak mempedulikan peminat dan ia seharusnya tidak berlaku.

Malah, dia juga menyatakan tiada sebarang ucapan maaf atau senyuman yang dilemparkan, meskipun menolak untuk bergambar. – KopiPlanet.com

@nezuko.himari
Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button