HiburanSelebriti

“Kalau Aku Tak Pakai Seat Belt Tadi Dah Habis…” – Aliff Syukri Terlibat Kemalangan Jalan Raya

Usahawan selebriti popular, Datuk Seri Aliff Syukri telah terlibat dalam kemalangan jalan raya setelah kereta yang dipandu pemandu peribadinya dirempuh dari belakang.

Kejadian berkenaan turut dirakam oleh usahawan berkenaan yang menunjukkan dia sempat memarahi pemandu yang telah merempuh keretanya itu.

“Apa masalah ni… You drive lah betul-betul. Jalan straight… Aiyoooo my car. You please lah, you drive betul-betul.

“Kalau aku tak pakai seat belt tadi dah habis,” ujarnya.

Dalam pada itu, video rakaman tersebut yang dirakam dan dimuatnaik ke media sosial turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada yang merasakan usahawan berkenaan tidak perlu merakamkannya, malah ada juga segelintir yang mempertahankan tindakan Aliff. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
4
+1
0
+1
0
+1
2
+1
6
+1
5
+1
3

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button