Cerita ArtisHiburan

Mizz Nina Buat Kejutan, Umum Sudah Bernikah Dengan Essam Muhammad

Penyanyi dan selebriti popular, Mizz Nina mengumumkan dia sudah pun mendirikan rumah tangga dengan jejaka yang dikenali sebagai Essam Muhammad.

Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh selebriti berkenaan menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya.

“Saya ingin berkongsi kepada anda semua, saya ingin mengumukan sudah mendirikankan rumah tangga pada suku kedua tahun 2023 bersama Essam Muhammad.

“Alhamdulillah, dengan restu keluarga kedua-dua belah pihak, kami sudah melengkapkan seperti apa yang dituntut agama,” ujarnya.

Menerusi perkongsian itu juga, Mizz Nina memaklumkan akan mengadakan majlis resepsi secara tertutup di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Mizz Nina pernah mendirikan rumah tangga dengan Noh Salleh, namun kedua-duanya bercerai pada tahun lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button