Cerita ArtisHiburan

Nor Albaniah Nafi Dirinya Kini Bekerja Sebagai Cleaner, Jelaskan Masih Lagi Aktif Berlakon

Pelakon popular era 90-an, Nor Albaniah menafikan mengenai dakwaan yang mengatakan dia kini bekerja sebagai seorang cleaner atau tukang cuci.

Nor Albaniah berkata, dia masih lagi aktif seeperti biasa sebagai seorang pelakon, namun kurang berkongsi mengenai kerjayanya di media sosial.

“Saya nak jelaskan yang saya bukanlah seorang ‘cleaner’… cuma selama ini saya berdiam diri sebab memang itu perangai saya.

“Sebenarnya video yang viral itu adalah sebuah iklan di lapangan terbang yang mana ia bertujuan memberi kesedaran menjaga kebersihan tandas,” ujarnya.

Pelakon berkenaan berkata demikian ketika ditemui semasa Majlis Tayangan Filem Vik2ria Secret yang berlangsung baru-baru ini.

Nor Albaniah juga tidak menafikan ada segelintir media yang menghubunginya untuk bertanyakan hal tersebut, namun merasakan masih belum bersedia lagi pada masa itu.

“Gara-gara video berkenaan juga ada yang cuba hubungi saya untuk tawarkan berlakon, namun mereka agak ragu-ragu sama ada saya masih mampu berlakon atau tidak.

“Selain itu, ada juga saudara mara yang meluahkan rasa simpati terhadap saya. Apapun ini semua adalah salah faham sahaja,” ujarnya.

Pelakon itu menjelaskan ketika ini dia menjalani kehidupan seperti biasa, malah yang terbaharu dia baru selesai berlakon drama Surat Cinta Untuk Jannah untuk siaran TV Alhijrah. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button