Cerita ArtisHiburan
Shuib Kini Sah Bergelar Suami Watie Hanifiah, Mas Kahwin RM8,288
Dengan Sekali Lafaz, pelawak dan usahawan Shuib akhirnya kini sah bergelar suami kepada Watie Hanifiah.
Akad nikah selamat disempurnakan pada pukul 8.47 malam Jumaat. Shuib menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288.
Bagaimanapun, wang hantaran pula dirahsiakan dan hanya dimaklumkan ahli keluarga sahaja.
Dalam majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Shah Alam itu, Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, dinikahkan oleh abang kandung Watie, Qadhaffi Hanifiah di hadapan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchung, Selangor iaitu Zubairi Ghazali. – KopiPlanet.com
Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
+1
+1
+1
+1
+1
2