HiburanSelebriti

Bekas Menteri Bergelar Tan Sri Berhutang Dengan Aliff Syukri Jutaan Ringgit?

Setelah mendedahkan seorang founder tudung yang berhutang dengannya, kali ini Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan pula seorang individu yang turut berhutang dengannya.

Dalam satu perkongsian di Instagram miliknya, Aliff menyatakan bahawa seorang individu dengan berhutang dengannya itu seorang yang mempunyai gälarna Tan Sri.

“Siapa kenal tan sri ni??minta dia suruh bayar duit sy yg berjutaa itu..

“Saya tak nak cerita perkara sebenar nanti malu satu family tan sri keturun tan sri,” tulisnya.

Dalam posting yang dimuat naik itu juga, Aliff turut mendedahkan gambar individu berkenaan, meskipun menutup mata dengan gambar cermin mata dan penutup muka.

Sementara itu, menerusi ruangan komen pula ada segelintir yang meneka nama Tan Sri berkenaan, malah ada yang menulis nama individu berkenaan yang juga nama seorang bekas menteri.

Selain itu, terdapat juga sebilangan netizen yang meminta supaya usahawan agar kembali ke Malaysia terlebih dahulu sebelum menuntut hutang. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button