Cerita ArtisHiburan

Tidak Hadir Beri Keterangan Berhubung Kes Nombor Plate, JPJ Minta Bantuan Polis Kesan Suami Fatin Afeefa

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meminta bantuan polis bagi mengesan suami pelakon Fatin Afeefa yang dikenali sebagai Opai bagi membantu siasatan.

Sehingga kini, Opai belum hadir ke Pejabat JPJ untuk dirakam keterangan selepas menggunakan nombor plate ‘QPA1’ yang bukan didaftarkan di atas kereta McLaren miliknya.

Menerusi laporan BH Online, Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Erick Jusiang berkata pihaknya sudah menyerahkan notis panggilan temu siasat terhadap suami pelakon itu. Menurutnya, namun selepas tempoh 14 hari diberikan, lelaki terbabit masih belum hadir ke pejabat JPJ.

“Kita sudah menyerahkan notis itu ke alamat rumahnya namun selepas 14 hari dia tidak datang.

“Jadi kita meminta bantuan polis kerana mereka ada kuasa untuk mengeluarkan waran dan mengesannya di rumah,” katanya ketika ditemui selepas Op Khas Motosikal Sempena Hari Raya Aidiladha, di Jalan Pahang di sini, malam tadi.

Beliau berkata, lelaki terbabit yang dipercayai masih berada di Kuala Lumpur dianggap seperti mencabar JPJ kerana tidak datang untuk dirakam percakapan.

Dalam pada itu, Opai dikecam warganet apabila tular video dia didakwa menghina kereta jenis bukan ‘super car’ pada sebuah acara pertunjukan kereta.

Tidak lama kemudian kecoh di media sosial apabila terdapat dakwaan Opai menggunakan nombor pendaftaran kenderaan pihak lain pada kereta Mc Laren tersebut.

Susulan itu, pemilik asal kereta berkenaan tampil menjelaskan hal sebenar dengan mendedahkan kereta mewah tersebut sebenarnya sudah dibeli Opai pada November tahun lalu. Bagaimanapun, proses penukaran pindah milik kenderaan masih lagi belum dilakukan. – KopiPlanet.com

Kredit artikel: BH Online

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button