Cerita ArtisHiburan

Shuib Maafkan ‘Zulhairi’, Individu Yang Fitnah Dirinya Terlibat Dengan Freemason… Mahu Saman Individu Bernama ‘John Dihani’

Usahawan dan pelawak popular, Shuib membuat keputusan untuk memaafkan seorang individu yang telah memfitnah dirinya apabila dikaitkan dengan Fremason.

Shuib berkata, dia memaafkan individu yang dikenali sebagai Zulhairi itu setelah mereka saling berhubung.

“Pada mulanya saya nak bersikap tegas, tetapi apabila dapat bercakap sendiri dengan dia, saya rasa lembut hati untuk memaafkannya.

“Saya lihat Zulhairi ini seorang yang cukup beradab dan ikhlas, cuma mungkin dia terkhilaf dengan perbuatannya itu,” jelasnya.

Shuib berkata demikian ketika satu sidang media khas perjumpaan dengan individu yang telah memfitnah dirinya di media sosial.

Dalam pada itu, Shuib berkata dia mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang lagi individu yang menggunakan nama ‘John Dihani’.

Ujarnya, dia sendiri mengetahui nama, alamat serta nombor telefon individu berkenaan yang dilihat bersikap biadap dengan fitnah yang melampau.

“Saya sudah minta peguam saya untuk hantar satu surat kepadanya, rasanya dia pun dah terima surat itu.

“Dalam mesej yang dihantar, dia ada cakap nak jumpa saya, tetapi saya rasa nak jumpa dia di mahkamah sahaja,” ujarnya.

Shuib berkata, tindakan undang-undang yang mahu diambil adalah sebagai pengajaran agar perkara yang sama tidak lagi berulang. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button