Cerita ArtisHiburan

Wany Hasrita Kini Bergelar Ibu, Selamat Lahirkan Baby Girl Secara Normal

Penyanyi, Wany Hasrita berkongsi berita gembira di mana dia telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada Sabtu.

Berita gembira itu dikongsi Wany menerusi posting di Instagram miliknya.

Menurut pelantun lagu Menahan Rindu itu, bayi perempuannya dilahirkan secara normal pada pukul 7.14 petang semalam.

“Assalamualaikum, Bismillahi MasyaAllah. Alhamdulillah, Wany telah selamat melahirkan puteri kami pada hari Sabtu, 07:14pm secara normal,” katanya.

Teruja dengan perkongsian tersebut, rata-rata pengikut Wany dan juga rakan artis membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah.

Penyanyi berkenaan dan suami, Al Adib Fahmi mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022 dengan dua kali lafaz.

Pada majlis tersebut, Adib telah menyerahkan sebentuk cincin berlian sebagai mas kahwin manakala wang hantaran dirahsiakan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button