Cerita ArtisHiburan

Ernie Zakri Mahu Kembali Fokus Pada Karier Nyanyian, Besarkan Khawla Dahulu Sebelum Rancang Dapat Cahaya Mata Kedua

Penyanyi popular, Ernie Zakri menyatakan dia mahu membesarkan anaknya, Nur Khawla Soleha yang kini sudah berusia 17 bulan terlebih dahulu sebelum merancang untuk mendapatkan cahaya mata kedua.

Ernie berkata, dia juga ingin kembali fokus kepada karier nyanyian memandangkan dia pernah berehat dalam tempoh yang lama ketika melahirkan anak sebelum ini.

“Ini semua soal rezeki, kalau saya kata tak bersedia… tup tup. Apa yang saya boleh katakan saya nak tengok Khawla membesar terlebih dahulu sebab dia sangat manja.

“Karier saya pun baru bermula semula, sebelum saya saya berpantang agak lama lebih kurang enam bulan. Masa mengandung pun saya tak bekerja sangat. Jadi, saya dan Syamel ambil keputusan untuk membesarkan Khawla terlebih dahulu. Kalau ada rezeki tu ada dan saya tidak menolak,” ujarnya.

Ernie berkata demikian ketika ditemui semasa sambutan tahun kedua RR Mono Scarves Rizman Ruzaini yang berlangsung baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ernie memberitahu dia tidak terlalu kerap mendedahkaan gambar-gambar Khawla di media sosial, meskipun anaknya itu mempunyai akaun Instagram sendiri.

“Saya sendiri yang pegang akaun Instagram tu, jadi saya tak terbuka untuk terlalu dedahkan selalu. Tengok keadaan kalau saya rasa gambar tu comel barulah saya akan post, tetapi tidak terlalu kerap.

“Cuma, setiap ibu bapa itu ada pandangan mereka masing-masing. Ada yang tak kisah nak post selalu pasal anak dan mungkin itu yang membuatkan mereka gembira dan bahagia,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button