Cerita ArtisHiburan

“Penggambaran Dibuat Sebelum Saya Berkahwin…” – Lakukan Babak Berkemban & Peluk Amerul Affendi, Uqasha Hanya Penuhi Tuntutan Watak

Pelakon popular, Uqasha Senrose menjelaskan dia melakukan adegan berkemban dan memeluk Amerul Afendi hanyalah sekadar untuk menjayakan wataknya sebagai Bee dalam filem Sumpahan Jerunei.

Uqasha berkata, penggambaran filem berkenaan juga dibuat kira-kira empat tahun lalu, sebelum dia mendirikan rumah tangga dengan pelakon Kamal Adli.

“Kedua-dua babak itu saya lakonkan mengikut skrip dalam filem bagi memenuhi jalan cerita dan plot untuk mencantikkan lagi perjalanan kisahnya.

“Lagipun penggambaran dibuat sebelum saya berkahwin. Ketika itu saya dan Kamal masih dalam fasa berkawan. Jadi saya memang tidak terikat dengan sesiapa,” ujarnya.

Uqasha berkata demikian ketika ditemui semasa majlis tayangan perdana filem Sumpahan Jerunei yang berlangsung baru-baru ini.

Ujarnya, memandangkan statusnya kini sebagai seorang isteri, dia tidak akan melakonkan babak-babak sedemikian pada masa akan datang.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai babak dia terjun ke dalam sungai yang kotor, Uqasha memberitahu dia cuba untuk menolak pada awalnya.

Bagaimanapun, dia menyatakan pihak produksi tidak melayan permintaannya itu sehingga dia mencabar dirinya untuk melakukannya sendiri.

“Mengenai babak terjun itu, saya akui sungai itu tak bersih. Memang pelbagai benda yang ada dalam air, termasuk sisa kumbahan penduduk kampung,” jelasnya.

Menerusi filem Sumpahan Jerunei, Uqasha bergandingan dengan barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Amerul Affendi, Syafie Naswip, Tony Eusoff, Daiyan Trisha, Yuyun Hikmah dan ramai lagi.

Sumpahan Jerunei akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 27 Julai ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button