Cerita ArtisHiburan

Suami Miera Liyana Akhirnya Ceraikan Isteri Pertama Selepas 28 Tahun Hidup Bersama

Suami kepada pelakon Miera Leyana iaitu Rosland Othman akhirnya melafazkan cerai talak satu terhadap isteri pertamanya, Adibah Abdul Mutalib pagi tadi setelah 28 tahun hidup bersama.

Menerusi laporan portal Astro Gempak, Rosland melafazkan talak tersebut di hadapan hakim Mahkamah Rendah Syariah, Siti Noraini Mohd Ali di Mahkamah Rendah Syariah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Rosland berkata, dia membuat keputusan untuk menceraikan isteri pertamanya itu selepas tiada lagi persefahaman dan tiada perasaan sayang antara mereka serta sudah tawar hati apabila Adibah membuat kenyataan di media sehingga menjejaskan kerjayanya.

Adibah yang ditemui selepas talak dilafazkan enggan memberikan sebarang komen kerana masih terkejut dengan situasi tersebut.

Sementara itu, Rosland yang ditemani ibu mentuanya, Aisyah Abdullah pula dilihat bergegas keluar dari dewan perbicaraan tanpa memberikan sebarang kenyataan.

Peguam yang mewakli Adibah, Mohd Junid kes menjelaskan tuntutan hadanah yang melibatkan anak mereka tetap diteruskan.

“Kita tetap lawan dan mempertahankan hak lain,” katanya,

Jelasnya, tarikh perbicaraan untuk sebutan hadanah pula akan berlangsung pada 4 September ini.

Sementara itu, ibu Miera Liyana pula telah memaklumkan mereka bakal mengadakan sidang media khas dalam terdekat ini.

“Kami akan membuat sidang media, harap boleh bekerjasama,” katanya ringkas dan berlalu pergi.

Adibah dan Rosland mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Sementara itu Rosland bernikah dengan Miera pada 25 Julai 2020 dan mereka memiliki seorang cahaya mata perempuan yang lahir pada Mei 2021. – KopiPlanet.com

Kredit Artikel: portal Astro Gempak

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button