Cerita ArtisHiburan

Kembali Bergelar Isteri… Shila Amzah Kini Sah Milik Ubai, Terima Mas Kahwin RM20,000

Penyanyi popular, Shila Amzah dan personaliti media sosial, Ubai MZ akhirnya bergelar pasangan suami isteri setelah selamat bernikah pada pagi ini.

Pasangan berkenaan telah dinikahkan Ustaz Haji Mohamad Khairi Husin dan berwalikan bapa Shila, Amir Amzah Salleh, 62, atau lebih dikenali sebagai ND Lala.

Pada majlis pernikahan tersebut, Shila atau nama sebenarnya Nurshila Amir Amzah yang memakai baju berrona putih telah menerima mas kahwin sebanyak RM20,000.

Selain itu, penyanyi lagu Memori Tercipta itu telah menerima lima dulang hantaran dan berbalas tujuh dulang kepada pengantin lelaki.

Dalam pada itu, Ubai yang masih dalam keadaan berduka kerana baru kehilangan ibu tercinta baru-baru ini akibat penyakit kanser dilihat menangis kesyukuran. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button