Cerita ArtisHiburan

Mahu Elak Fitnah, Puteri Lily Dedah Dirinya Bercerai Dengan Aziz M. Osman

Isteri kepada pengarah terkenal, Aziz M.Osman iaitu Puteri Lily Lokman mengakui bahawa dia sudah bercerai dengan suaminya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Puteri Lily menyatakan tujuan dia membuat pendedahan tersebut kerana mahu mengelakkan fitnah di masa hadapan.

“Lately ramai yang mesej tanya status hubungan saya dan Aziz. Demi mengelakkan fitnah di masa hadapan, saya dengan rasa rendah diri ingin menyampaikan berita…secara rasminya saya dan Aziz telah pun berpisah,”

“Secara rasminya saya dan Aziz telahpun berpisah dengan cara baik pada Awal bulan lepas (bukan sebab orang ketiga). Telah ditakdirkan jodoh kami sampai disini tapi kami masih lagi mempunyai hubungan yang baik demi anak-anak,” ujarnya.

Jelasnya lagi, hubungan mereka juga masih tetap baik demi anak-anak mereka iaitu Puteri Nur Azzahra, 11 dan Putera Muhamad Aryan, 5.

“Alhamdulillah, Ara seorang anak yang sangat matang…Dapat terima keputusan ni dengan tenang.

“Doakan anak-anak saya kuat emosi dan mental mereka.. Doakan urusan kami dipermudahkan. I’m trying my best,” luahnya lagi. 

Puteri Lily dan Aziz mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2010 dan dikurniakan dua orang anak.

Perkahwinan tersebut merupakan kali ketiga buat Aziz yang sebelum itu pernah bergelar suami kepada pelakon Nor Aliah Lee dan memiliki enam orang anak. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
3
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button