Cerita ArtisHiburan

Tak Jadi Kahwin… Hubungan Cinta Pasangan Nafiez Zaidi & Fify Azmi Sudah Berakhir

Pelakon popular Nafiez Zaidi mendedahkan bahawa hubungannya dengan Fify Azmi sudah pun berakhir.

Sudah putus sejak Aidilfitri yang lalu, hubungannya dengan Fify kini hanya sekadar kawan biasa sahaja.

“Apa yang boleh saya katakan, hubungan cinta kami sudah berakhir. Cuma kami pun tak nak he heboh-hebohkan perkara ini, dia pun buat hal dia dan saya pun buat hal saya.

“Setakat ini kami pun masih lagi berkawan biasa sahaja, cuma saya dah lama tak hubungi dia,” ujarnya.

Nafiez yang berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem lakonan terbaharunya berjudul Malbatt: Misi Bakara.

Ujarnya, perpisahan yang berlaku antara mereka bukanlah disebabkan orang ketiga, sebaliknya tiada lagi persefahaman dan keserasian menjadi punca utama.

Dalam pada itu, Nafiez juga memberitahu dia dan Fify sepatutnya mendirikan rumah tangga pada tahun lalu dah bersedia untuk bergelar suami.

Bagaimanapun, Fify meminta untuk ditangguhkan perkahwinan mereka, meskipun keluarganya sudah datang merisik.

“Mengikut perancangan asal, kami sepatutnya berkahwin pada Disember tahun lalu. Ketika saya sedang menjalani penggambaran filem Malbatt di Turkiye, Fify hubungi saya untuk minta tangguh pernikahan kami.

“Jadi, saya ikutkan sahaja kemahuannya, cuma sejak itu hubungan kami juga dan semakin renggang. Ada banyak perselisihan faham antara kami dan akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button