AdvetorialKongsi

Acara Larian Ecotrail Putrajaya Bertemakan ‘Larian Hijau Dari Eropah Ke Malaysia’

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Pejabat MOTAC Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya dan anjuran bersama Ten Senses (M) Sdn. Bhd menganjurkan acara Ecotrail Putrajaya yang bertemakan “A Green Race From Europe to Malaysia” yang berlangsung pada 29 Julai 2023 lalu di Taman Botani , Putrajaya.

EcoTrail Putarajaya adalah acara perlumbaan larian denai terbesar yang menggabungkan pelancongan sukan, pembangunan mampan dan tanggungjawab terhadap alam semulajadi. Acara ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) MOTAC, Datuk Mohd Zamri Mat Zain.

Penganjuran Ecotrail adalah larian sihat sekaligus memberi peluang kepada para peserta mendekatkan diri dengan warisan semulajadi dan budaya sesebuah bandar. Pemilihan Putrajaya sebagai sebagai lokasi penganjuran kerana Putrajaya merupakan bandar ultra moden yang masih dikelilingi dengan taman taman alam semulajadi disamping mampu memberi peluang pada peserta untuk melihat Putrajaya dari pelbagai sudut dan perspektif.

Ini adalah peluang kepada Putrajaya menonjolkan kelebihan dan keindahannya serta mempromosikan lokasi ini sebagai daya tarikan pelancong yang wajib diterokai oleh pelancong dalam dan luar negara.

Rata rata peserta teruja dengan laluan trek EcoTrail yang amat cantik serta unik dengan pemandangan indah, lanskap menarik serta berpeluang melihat flora & fauna sepanjang berlumba antaranya pohon pohon serta buah buahan tempatan, beberapa spesis monyet, burung dan lain-lain lagi.

TKSU MOTAC, Datuk Mohd Zamri Mat Zain melepaskan peserta Ecotrail bagi kategori 30 kilometer.

Peserta dari Australia , juga pemenang tempat pertama (kategori 80km wanita veteran), Nateliedau berkata, “ini adalah penyertaannya kali kedua selepas penyertaan pertama pada tahun 2019, dia kembali ke acara ini kerana keindahan lanskap laluan yang amat menarik, serta berpeluang melihat serta terserempak dengan pelbagai spesis haiwan di laluan terutama pada awal pagi .

Sementara itu, Muhammad Adil Adham pemenang tempat pertama ( kategori 80km lelaki terbuka) berkata, peluang menyertai Ecotrail Putrajaya pada kali pertama digunakan oleh beliau untuk menerokai keindahan Putrajaya dan tidak menyangka Putrajaya memiliki khazanah alam semulajadi yang amat indah serta bangunan bangunan yang sangat cantik”.

Tambahnya , beliau tidak menyangka akan mendapat tempat pertama . Adil juga turut menyimpan hasrat untuk menyertai EcoTrail di Switrzeland dalam masa dua tahun akan datang.

Perlumbaan Ecotrail mula diperkenalkan dan diadakan di bandar Paris, Brussels, Reykjavik, Oslo, Funchai Madeira Island, Geneva, Florance, Stockholm, Copenhagen dan ChiangMai selain Putrajaya ,Malaysia.

EcoTrail Putrajaya mula memasuki Asia pada tahu 2019, dan untuk edisi kedua telah menerima penyertaan seramai 1300 dengan 200 peserta dari luar negara berbanding tahun pertama 900 penyertaan. Perlumbaan ini melibatkan larian bagi kategori 10km, 30km,50km dan 80km.

Untuk 80km acara pelepasan diadakan pada jam 3.00 pagi dan kategori lain adalah antara jam 7.00pagi hingga 7.45pagi. Untuk acara 80km, pemenang ( Muhamad Adil Adham Khairul Fata ) kategori lelaki terbuka menamatkan larian dengan masa 8jam lebih untuk tiba ke garisan penamat.

Kategori 10km turut disertai oleh YBhg TKSU Datuk Zamri Mat Zin bersama beberpa pegawai MOTAC yang lain. Setiap peserta yang menyertai EcoTrail akan menerima baju acara, bip perlumbaan dengan cip masa, pingat ,sijil, tshirt “Finisher” bagi kategori 30km, 50km serta 80km yang berjaya menamatkan larian mengikut masa yang ditetapkan.

Bagi pemenang dengan masa terpantas turut menerima hadiah hadiah dan voucher tunai sumbangan Decathlon, Garmin, Silva, Domino’s Pizza, Heat Tone Nona Roguy dan lain-lain lagi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button