Farid Kamil, Diana Danielle Sah Cerai… Lafaz Cerai Dilakukan Menerusi Video Google Meet
Ikatan perkahwinan antara pasangan pelakon Farid Kamil & Diana Danielle menemui noktahnya apabila mereka sah bercerai talak satu hari ini.
Diana berkata, dia sudah bersedia untuk menghadapi perkara tersebut dan masing-masing dapat memulakan hidup baru.
“Saya tak mahu cakap apa-apa pasal perasaan ketika ini kerana bagi saya ia adalah sesuatu yang terlalu peribadi
“Cuma saya tak nafikan ia adalah suatu perkara yang terlalu sukar untuk kami lakukan,” ujarnya.
Bagaimanapun, Farid tidak hadir ke mahkamah atas sebab yang tidak dipastikan, malah lafaz cerai tersebut dilakukan secara video Google Meet sambil disaksikan Hakim Mahkamah Syarie, Syukran Yusof.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad,10, dan Nur Aurora yang berusia lapan tahun. – KopiPlanet.com