Cerita ArtisHiburan

Lama Tak Aktif Dalam Dunia Lakonan, Fatiya Latiff Kini Bergelar Peguam

Tidak dinafikan, pelakon popular Fatiya Latiff dilihat sudah lama tidak aktif dalam bidang lakonan.

Bagaimanapun, dalam satu perkongsian di akaun Instagram miliknya, Fatiya memaklumkan dia kini sudah berkecimpung dalam bidang guaman sebagai seorang peguam.

“Officially a legal practitioner…” tulisnya ringkas.

Menerusi perkongsian itu juga, pelakon itu memaklumkan dia kini bekerja di syarikat guaman Tawfeek Badjenid & Partners.

Dalam pada itu, rata-rata peminat dan rakan pelakon mengucapkan tahniah kepada Fatiya dengan kerjaya baharunya itu.

Namun begitu, ada juga yang bertanya sama ada dia benar-benar sudah bertukar kerjaya sebagai peguam atau ia sekadar babak dalam lakonan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button